Perkhemahan Kelab & Persatuan Peringkat Kebangsaan

06 – 12 Julai 2002

Pusat Kokurikulum JPN Kelantan, Kem Tangok, Bachok,  Kelantan

 

Intisari

 

Berkumpul di JPN Selangor jam 8.30 malam. Terpaksa menunggu beberapa peserta yang agak lewat kerana masalah pengangkutan. Taklimat yang jelas dan bersepadu khas untuk mempastikan perjalanan ke Kelantan berjalan dengan lancar dan teratur. Saya sendiri Azman Sulaiman (AYAH) bersama Tn. Hj. Azmi b. Hj. Ismail (PAK NGAH) dan Cik. Rozila Ibrahim (ADIK) telah diberi tanggungjawab untuk memimpin pelajar-pelajar dari Selangor mengikuti perkhemahan ini.

 

Sepanjang perkhemahan pelajar telah menunjukkan komitment yang tinggi dan berjaya menguruskan diri dengan sempurna walaupun mengalami masalah kekurangan air untuk aktiviti harian. Peserta menunjukkan semangat kerjasama sepasukan dan menyelesaikan sebarang masalah secara bersama. Tahniah!

 

Terima kasih kepada ‘Kak Long’ dan ‘Abang Long’ yang berjaya memimpin pasukan dengan baik. Kalau ada pingat kepimpinan pelajar………..kamu berdua layak memilikinya. Walaupun aktiviti agak padat, pasukan Selangor tetap menunjukkan kesabaran dan ketekunan. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi di sini akan disampaikan kepada kawan-kawan yang tidak dapat bersama. Kita memilih pengalaman yang terbaik..sebagai pengajaran dan hala tuju kita…

 

Untuk Norbaiti  yang menyambut hari lahir di Kem Tangok..tahniah! Semoga menjadi kenangan sehingga bila-bila. Sedikit sambutan untuk kamu dari kami..mungkin tidak semeriah di rumah, namun tetap memenuhi citarasa semua ahli sepasukan.

 

Dari hati Ayah yang tulus ikhlas…terima kasih kerana menjadi anak-anak yang mendengar kata, taat dan bersemangat waja. Insyaallah, kalau ada lagi peluang..kita berjumpa lagi di perkhemahan lain. Selamat Berjaya dalam semua perjuangan..pastikan kejayaan sentiasa disamping.

Assalamualaikum semua.

 

azmnslmn@pd.jaring.my