Perkhemahan Tahunan Kadet Polis Selangor

Perkhemahan pada tahun ini akan dikelolakan oleh Daerah Kuala Selangor.
Jawatankuasa Pelaksana telah memutuskan tarikh 12 - 15 April 2001
sebagai tarikh perkhemahan. Mesyuarat pertama telah berlansung pada
2 Mac 2001 di IPK Negeri Selangor. Di antara aktiviti yang akan di-
adakan adalah Kawat Kaki, Menembak, Jalan Lasak, Pandu Arah, Rentas
Halangan, Kebudayaan dan Kawasan Perkhemahan. Mesyuarat kali kedua akan
diadakan pada 13 Mac 2001 di IPD Kuala Selangor untuk mencerakinkan
segala syarat pertandingan dan sistem markah dan persediaan ke Peringkat
Kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada 26 Mei - 2 Jun 2001 nanti.