Sambutan Hari Kadet Polis Selangor

Pada tahun ini Daerah Gombak telah diberi penghormatan untuk mengelolakan Sambutan Hari Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor. Tarikh keramat yang telah dipilih adalah pada 31 Mac 2001(Sabtu). Perhimpunan ini diadakan di Stadium Universiti Islam Antarabangsa dan dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor. Mesyuarat pertama telah diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Selangor pada 2 Mac 2001 yang lepas. Semua daerah akan melengkapkan perhimpunan ini dengan menghantar 2 platun kadet dan akan bertanding dalam perbarisan.