Perkhemahan Tahunan Kadet Polis
Peringkat Kebangsaan

Tarikh : 19 Jun - 25 Jun 2000
Hari : Isnin - Ahad
Tempat : Sekolah Latihan Luar PGA, Kem Tupah, Bedong, Kedah

Perkhemahan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia/PDRM dikelolakan oleh JPN Kedah/IPK Kedah dipenuhi dengan berbagai aktiviti. Di antara pertandingan yang diadakan adalah Kawat Kaki Berpasukan/Individu, Jalan Lasak, Pandu Arah, Menembak, Rentas Halangan, Sukaneka dan Kebudayaan. Sejumlah 1 platun kadet lelaki dan 1 platun kadet perempuan mewakili negeri masing-masing. Lebih dari 1500 ahli kadet telah menyertai perkhemahan ini. Upacara Pembukaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Mohd Jamil Johari dan Perasmian Penutup oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tn. Hj. Abdul Rafie bin Mahat. Juara Keseleluruhan Perkhemahan kali ini telah dirangkul oleh Kontinjen Negeri Melaka.

rakaman berita bergambar

( klik gambar untuk maklumat )

lawatan oleh Dato' DIG kawat kaki persediaan jalan lasak
kem site Selangor RPA Kadet Wanita Bersama DIG
Pegawai Kontinjen Selangor Go Ghafar Go!!!! Ke Lapang Sasar
Ala Bang!!! Tambah Peluru, Tembak!!