Perkhemahan Tahunan Kadet Polis
Peringkat Negeri Selangor

Tarikh : 07 Jun - 11 Jun 2000
Hari : Rabu - Sabtu
Tempat : Pusat Aktiviti Kokurikulum,Sabak Bernam

Perkhemahan anjuran JPNSDE dan dikelolakan oleh PPD. Sabak Bernam dengan kerjasma IPD. Sabak Bernam akan dipenuhi dengan berbagai aktiviti. Di antara pertandingan yang akan diadakan adalah Kawat Kaki Berpasukan/Individu, Jalan Lasak, Pandu Arah, Menembak, Rentas Halangan, Sukaneka, Sukan Raayat dan Kebudayaan. Sejumlah 20 kadet lelaki dan 20 kadet perempuan akan mewakili daerah masing-masing. Ahli-ahli kadet terbaik akan dipilih mewakili negeri ke Perkhemahan Kebangsaan yang akan diadakan di PGA, Bidong, Kedah pada pertengahan bulan Jun juga. SELAMAT BERJAYA.
Daerah Kuala Selangor telah diwakili oleh SM. Sains Kuala Selangor dan SMK. Seri Tanjong. Jurulatih-Jurulatih dari IPD Kuala Selangor terdiri dari Insp. Zuber Tasman, Sgt. Salleh, Kpl. Adnan, L/Kpl Khan telah melatih dengan sedaya upaya untuk mempastikan PKP Kuala Selangor berjaya. ASP/K Azman Sulaiman, I/K Pn. Shuaimi Ahmad (SMK.ST)dan I/K Mohd Samurin Hj. Tahir (SMSKS)telah membantu segala latihan dijalankan dengan lancarnya. Daerah Kuala Selangor telah berjaya merangkul beberapa kejayaan seperti berikut.
Pasukan Lelaki : Johan Kawat Kaki Berpasukan / Individu, Johan Menembak Berpasukan / Individu, N/Johan Rentas Halangan dan N/Johan Sukaneka.
Pasukan Wanita : Johan Kawat Kaki Berpasukan, Ketiga Kawat Kaki Individu, N/Johan Menembak Berpasukan dan Keempat Kebudayaan.
12 orang pasukan kadet wanita telah dipilih mewakili Selangor ke Perkhemahan Tahunan Kebangsaan. Tahniah di atas segala usaha dan semuga kita akan lebih berjaya lagi di tahun akan datang. SYABAS!

rakaman berita bergambar