Make your own free website on Tripod.com

Perkhemahan Tahunan Kadet Remaja Sekolah Selangor

Telah diadakan pada 27-30 April 2000 bertempat di SMK. Jeram, Kuala Selangor. Pengarah Pendidikan Selangor , Kolonel KRS Dr. Ahamad bin Sipon mewakili YAB. Menteri Besar Selangor telah merasmikan perkhemahan tersebut dan melancarkan Kadet Remaja Selangor. Peristiwa bersejarah ini telah dimertabatkan dengan penyerahan Panji-Panji KRS Selangor dengan penuh 'Istiadat Tepung Tawar' dan diiringi oleh Tambo RAMD Bentong, Pahang. Kawalan Kehormatan Bersenjata telah diwakili oleh KRS Sek. Men. Seri Tanjong dan beberapa sekolah lain. Kapten KRS Tn. Hj. Hanafi bin Mohd Dom (SMK. Sungai Burong) telah diberi penghormatan untuk mengetuai Kawalan Kehormatan.Peristiwa ini juga telah disaksikan juga oleh Pengasas KRS, En Sani. Hampir 400 ahli kadet telah menyertai perkhemahan kali pertama ini. Mereka telah bertanding dalam 5 acara berpasukan dan diuji dalam 18 acara individu. Peserta-peserta yang terbaik akan dipilih mewakili negeri untuk ke Perkhemahan KRS Kebangsaan yang akan diadakan di Bandar Pusat Jengka, Pahang pada 19-27 Mei 2000.


RAKAMAN PERISTIWA BERGAMBAR :

1 * 2 * 3